Annual General Meeting
COMPASS
TARIKH
16 JULAI 2010
TEMPAT
Dewan Sri Peria
ANJURAN
UiTM Johor Computing Association
(COMPASS)
TARIKH LAPORAN
21 JULAI 2010
DISEDIAKAN OLEH
NURIZA ANISA BT MOHD SHAHLI
Setiausaha 1
COMPASS
1. PENGENALAN
Annual General Meeting (AGM) ini diadakan pada setiap semesta bagi mendedahkan dengan lebih dekat lagi semua penasihat dan barisan ahli jawatankuasa persatuan kepada ahli-ahli yang baru. AGM ini diadakan juga kerana untuk membincangkan perancangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang. Selain itu juga, membincangkan masalah-masalah yang mungkin timbul antara ahli-ahli persatuan dan berkongsi tentang pengalaman aktiviti yang telah dijalankan pada semester lepas.
2. OBJEKTIF
- Memberi pengenalan Persatuan COMPASS kepada pelajar-pelajar terutama pelajar Diploma Sains Komputer dengan lebih dekat lagi antara ahli baru.
- Memberi pendedahan kepada ahli barutentang perancangan aktiviti akan datang
- Memperkenalkan penasihat dan barisan ahli jawatankuasa persatuan.
3. MINIT MESYUARAT
BIL | AGENDA | TINDAKAN |
1. | Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Imran b Mazlan | - Makluman |
2. | UCAPAN ALUAN: i. Mesyuarat diteruskan dengan ucapan dan kata-kata aluan daripada Pn Noor Azrin selaku Koordinator Program. Beliau mengalu-alukan kedatangan pelajar semester satu ke UiTM Segamat amnya dan Persatuan COMPASS khasnya. Beliau juga memberikan serba sedikit latar belakang persatuan COMPASS. Dalam ucapannya lagi, beliau menasihati para pelajar Diploma Komputer Sains khasnya agar lebih berdisiplin dari segi kehadiran ke kuliah dan sahsiah rupa diri. ii. Kemudian , mesyuarat menjemput En Mohd Fadil b Yusof selaku Penolong Pendaftar(HEA) bagi memberikan sedikit taklimat kepada pelajar semester satu. iii. Giliran saudara Mohd Azhar b Abd Manaf selaku Presiden COMPASS untuk menyampaikan ucapan. Beliau mengingatkan pelajar tentang kepentingan menyertai aktiviti persatuan. Beliau juga menerangkan akiviti-aktiviti yang telah dijalankan dijalankan pada semester lepas. | - Makluman |
3. | Perletakan jawatan AJK COMPASS bagi sesi Januari-Mei 2010 dan dibubarkan oleh En Malik. | - Makluman |
4. | Mesyuarat kemudian dikendalikan oleh Saudara Mohd Ghanimi Adib b Azmin selaku Presiden baru COMPASS bagi sesi Julai-Disembar 2010. Beliau kemudian memperkenalkan barisan AJK COMPASS yang baru. Mereka dilantik berdasarkan temuduga oleh Koordinator Program dan Presiden. Berikut adalah barisan AJK COMPASS yang baru. Presiden : Mohd Ghanimi Adib b Azmin Naib Presiden 1 : Mohd Fairus b Ahmad Naib Presiden 2 : Nur Akma bt Rosle Setiausaha 1 : Nuriza Anisa bt Mohd Shahli Setiausaha 2 : Nur Atiqah bt Abu Talib Bendahari 1 : Maknunah bt Che Abdullah Bendahari 2 : Al-Nur Hidayat b Mohd Noor SIG Multimedia : Noraini bt Hazes@Aziz Nur Abiqqah bt Zailan Nurain Fasiha bt Azman Muhammad Munir b Ishak SIG Open Source : Nur Zaika bt Muhd Ghazali Hasbullah b Ali Pathen Hammamah bt Abdul Malek Syed Afiq Al-Attas SIG Progamming : Nurul Fatin bt Hamsa Nur Farrah Ain bt Misbah Muhammad Faiz b Badrol Shah Siti Nurussa’adah bt Kliwon@Ismail SIG Networking : Muhammad Imran b Mazlan Syafiq Hazman b Huzaimi Syazana bt Sabri Nurfarhana Najeeha bt Mohamad | - Makluman |
5. | Presiden juga menjelaskan mengenai yuran yang perlu di bayar oleh ahli COMPASS iaitu sebanyak RM 10. Yuran ini wajib di bayar oleh semua pelajar dari semester satu hingga empat. | - Maknunah |
6. | Pemilihan wakil kelas pelajar semester pertama juga dilakukan secara sokongan ahli COMPASS. Antara wakil kelas yang dilantik. D1S1 – Mohd Luqman b Wahid D1S2 – Mohd Izhreen b Mazlan D1S3 – Muhammad Syafiq b Mohd Aris D1S4 – Mohd Fazlin b Azlee Sham D1S5 – Ahmad Basyarrudin b Radzali D1S6 – Muhammad Azrin b Muhammad Noor D1S7 – Anas b Mohd Haslan D1S8 – Muhammad Amirul Izzat b Azhar | - Semua exco dan ahli COMPASS |
7. | Perjumpaan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah. | - Semua exco dan ahli COMPASS |
4. PENUTUP
Alhamdulillah, AGM ini berjaya di jalankan dan mencapai objektif yang sebenar untuk memperkenalkan barisan exco. AGM ini juga berjaya merapatkan hubungan sillaturrahim antara semua pihak dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam persatuan. Diucapkan jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan yang berjaya mengadakan AGM ini dan bertungkus lumus untuk menjayakannya. Justeru itu, AGM ini akan terus diadakan pada masa akan datang demi memantapkan cara pengurusan persatuan ini sendiri. Semoga persatuan ini akan terus maju pada masa akan datang.
5. LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment