Sunday, July 11, 2010

LAPORAN CS GATHERING DAY SEMESTER JULAI – NOVEMBER 2009

PENDAFTARAN PESERTA


Program CS Gathering Day merupakan program “family day” yang melibatkan semua pelajar Diploma Sains Komputer. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program CS Gathering Day. Program CS Gathering Day terbahagi kepada tiga iaitu ‘ice breaking’ atau sesi perkenalan antara fasilitator dan para pelajar, sukaneka, dan Malam Kebudayaan. Fasilitator terdiri daripada pelajar part 3 dan ke atas. Pada pukul 8.00 pagi peserta-peserta telah berkumpul di kawasan tempat letak kereta berhadapan stor pusat . Seramai 148 orang pelajar part 1 telah menyertai program ini.


TAKLIMAT KEPADA PESERTA


Peserta telah diberikan taklimat tentang program ini oleh ketua projek iaitu saudari Nor Hana bt Had. Fasilitator juga telah memperkenalkan diri mereka kepada para peserta. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan aktiviti pemanasan badan yang diketuai oleh saudara Syariff Hidayah. Kemudian para peserta berjoging beramai- ramai pergi ke Dewan Sri Temenggong. Peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 14 atau 15 orang pelajar. Selepas itu, mereka dikehendaki mencari fasilitator mereka sendiri. Dengan cara ini para peserta dapat belajar unutk sentiasa mengambil perhatian setiap arahan dan kata-kata ketua dan pensyarah. Di bawah disertakan senarai nama fasilitator yang terlibat :

Kumpulan 1 : Syariff Hidayah bin Md Bahrin

: Muhammad Rafhan bin Ahmad

Kumpulan 2 : Noor Diyana bt Nordin

: Amirah bt Amir

Kumpulan 3 : Nur Hazimah bt Khalid

: Saiful Hafizuddin bin Azmi

Kumpulan 4 : Eza Syafiqa bt A Wahid

: Farhan Munzir bin Abdul Halim

Kumpulan 5 : Syafi ‘Atikah bt Yusof

: Mohd Safwan bin Abd Rahman

Kumpulan 6 : Siti Nurizzati bt Sheikh Ahmad

: Nora Izzati bt Taher

Kumpulan 7 : Nuratikah bt Isa

: Norain bt Sahri

Kumpulan 8 : Mohd Zharif bin Mohd Razali

: Muhd Fadhil bin Hishamuddin

Kumpulan 9 : Nur Atikah bt Rosdi

: Norhidayah bt Selamat

Kumpulan 10 : Norshafina bt Jang

: Siti Norshuhada bt Sa’adon


AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN


‘ICE BREAKING’

Pada pukul 9 pagi aktiviti ‘ice breaking’ telah dimulakan. Para peserta dikehendaki duduk di dalam kumpulan masing-masing bersama fasilitator. Setiap kumpulan dikehendaki menulis nama gelaran masing-masing berdasarkan tema yang dipilih. Sesi ini juga dimeriahkan dengan pertandingan mereka baju Compass dan sorak untuk kumpulan masing-masing. Mereka diberi kebebasan untuk mencurahkan idea mereka dalam pertandingan tersebut sambil diawasi oleh fasilitator masing-masing. Bagi aktiviti sorak, peserta diminta untuk membuat sorakan yang menjadi ‘trademark’ atau identiti kumpulan masing-masing. Mereka diberi masa selama dua jam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada pukul 11 pagi, peserta diberikan sarapan pagi yang disediakan oleh exco yang bertugas. Selesai sarapan, peserta dikehendaki mempersembahkan rekaan baju yang di hasilkan dan sorakan kumpulan masing-masing. Pertandingan ini telah diadili oleh mantan YDP Compass sesi Disember – April 2009 iaitu Nazrul Izuan bin Salehan.


SUKANEKA

Kemudian, pada pukul 12.30 tengah hari program diteruskan dengan sukaneka. Terdapat dua aktiviti dalam sukaneka iaitu mencari gula dalam tepung dan kotak beracun. Aktiviti mencari gula dalam tepung memerlukan peserta menunjukkan kreativiti dan membuat perancangan bagi memastikan kumpulan mereka menang dalam aktiviti ini. Bagi aktiviti kotak beracun pula, setiap kumpulan diminta menghantar dua orang wakil. Wakil-wakil ini akan diberi satu kotak yang mengandungi denda-denda jika kotak tersebut ada pada mereka apabila lagu diberhentikan. Jikalau salah seorang daripada mereka terkena kotak beracun itu, semua ahli kumpulan akan di denda. Termasuklah fasilitator mereka. Dalam aktiviti ini, kita dapat lihat peserta mana yang ‘sporting’ dan kurang ‘sporting’. Semua aktiviti tersebut tamat pada jam 2 petang. Para peserta dibenarkan pulang dan diminta untuk berkumpul semula pada jam 4 petang. Jam 4 petang, aktiviti dimulakan dengan pertandingan ‘save the egg’. Setiap kumpulan diberi sebiji telur dan sehelai kertas A4. Kemudian mereka dikehendaki membalut telur tersebut menggunakan kertas A4 yang diberikan. Peserta juga diberi kebebasan untuk menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling mereka seperti daun dan pasir. Aktiviti ini dapat melahirkan kreativiti setiap peserta untuk melindungi telur tersebut. Selepas tamatnya aktiviti ini, setiap kumpulan dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas dan berbincang mengenai persembahan malam kebudayaan yang akan diadakan pada waktu malam. Mereka diberi masa sehingga jam 6.45 petang untuk melakukan perbincangan dan persiapan.


MALAM KEBUDAYAAN DAN PENUTUPAN.

Malam kebudayaan dan penutupan diadakan di Dewan Sri Temenggong pada jam 9 malam. Pengerusi majlis Nor Hidayad dan Nur Hazimah memulakan majlis dengan ucapan terima kasih kepada peserta yang menyertai CS Gathering Day. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang sudi memenuhi jemputan menjadi hakim iaitu Cik Mazlyda dan Cik Nafisah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Akmal Fadhil. Kemudian, Encik Abdul Malik selaku wakil penasihat Compass telah memberikan ucapan dan merasmikan majlis penutupan. Pada malam kebudayaan, setiap kumpulan dikehendaki membuat satu persembahan drama berdasarkan tajuk yang diberikan. Dibawah ialah senarai persembahan peserta-peserta pada malam kebudayaan :

Kumpulan 1 : Muzikal

Kumpulan 2 : Slow Motion

Kumpulan 3 : Puasa dan Raya

Kumpulan 4 : Superhero

Kumpulan 5 : Hantu Zaman Sekarang

Kumpulan 6 : Cinta

Kumpulan 7 : Tabiat Orang Malaysia

Kumpulan 8 : Gila

Kumpulan 9 : Hobi

Kumpulan 10 : Gangster


Pemarkahan di ambil dari setiap aktiviti yang dijalankan untuk mencari kumpulan terbaik. Penilaian dan pemarkahan turut melibatkan kerjasama antara ahli dalam menjaga kacang hijau yang diberikan kepada setiap seorang dalam kumpulan yang menjadi simbol nyawa mereka. Jika mereka tertinggal atau hilang sebiji kacang hijau tersebut, markah mereka akan ditolak sebanyak dua markah. Cik Nafisah telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan tiga hadiah saguhati. Manakala Cik Mazlyda pula menyampaikan lagi empat hadiah saguhati kepada kumpulan yang kurang berjaya. Bagi hadiah tempat ketiga hingga tempat pertama telah disempurnakan oleh Encik Malik. Dibawah merupakan keputusan para pemenang :

Johan : Kumpulan 10

Naib Johan : Kumpulan 2

Ketiga : Kumpulan 9

Saguhati : i) Kumpulan 1

ii) Kumpulan 3

iii) Kumpulan 4

iv) Kumpulan 5

v) Kumpulan 6

vi) Kumpulan 7

vii) Kumpulan 8


Selain daripada itu, ketua projek, para fasilitator, dan exco-exco yang terlibat telah bersepakat untuk menganugerahi peserta daripada kumpulan dua sebagai peserta paling ‘sporting’. Hadiah disampaikan oleh ketua projek, Nor Hana. Majlis tamat pada pukul 11.45 malam. Hidayad dan Hazimah selaku pengerusi majlis mempersilakan jemputan dan peserta menjamu selera sebelum bersurai.

Program ini dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun mengalami sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Ini berkemungkinan kerana keadaan semasa yang agak membimbangkan iaitu H1N1. Diharap pada masa akan datang lebih ramai pelajar yang menyertai program seperti ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


No comments:

Post a Comment