Tuesday, August 10, 2010

LAPORAN

TEAM BUILDING CS & PA MEET n GREET

ANJURAN

UiTM JOHOR COMPUTING ASSOCIATION

(COMPASS)

TEMPAT

PADANG UTAMA UiTM JOHOR

TARIKH

25 JULAI 2010

TARIKH LAPORAN

30 JULAI 2010

LAPORAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN

Program ini dirangka bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pelajar baru, pelajar lama, barisan kepimpinan UiTM Johor Computing Association(COMPASS) dan para Penasihat Akademik. Selain dari itu, program ini juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar semester satu mengenai Persatuan COMPASS khasnya dan melatih pelajar baru dengan ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Tambahan lagi, program ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam memilih barisan kepimpinan yang akan dating juga dapat menguji tahap stamina pelajar-pelajar.


2.0 LATAR BELAKANG

Program ‘Team Building CS & PA Meet n Greet’ ini diadakan pada hari ahad bersamaan 25 Julai 2010 dan dilaksanakan di Padang utama UiTM Johor. Bilangan Peserta yang hadir adalah seramai 320 orang.

2.1 MATLAMAT PROGRAM

- Merapatkan silaturrahim antara semua pelajar Diploma Sains Komputer dengan Penasihat Akedemik.

- Melatih pelajar baru dengan ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.

- Mencungkil bakat baru dalam memilih barisan kepimpinan yang akan datang.

2.2 KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dijalankan pada sebelah pagi, dimana semua pelajar dari semester pertama hingga semester kelima terlibat berserta dengan para penasihat akademik juga terlibat. Sesi kedua pula dijalankan pada sebelah petang, dimana hanya pelajar semester pertama sahaja yang terlibat. Berikut adalah barisan pengelola yang bertanggungjawab menjayakan program tersebut.


2.3 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

- Peralatan sukan

- Belon

- Tali Rafia

- Cellophone Tape


2.4 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIIKUTI

2.4.1 ICE BREAKING

Sesi perkenalkan diri dimulakan dengan pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan. Perserta-peserta dikehandaki duduk di dalam kumpulan masing-masing bersama fasiliatator. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta nama kumpulan.Aktiviti dimeriahkan lagi dengan persembahan trademark atau sorak oleh setiap kumpulan.Setiap persembahan akan diadili oleh 3 orang pengadil. Justeru itu,aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama peserta.Peserta juga diterangkan tentang deskripsi permainan yang akan berlangsung pada hari itu.

2.4.2 BELON AIR

Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pasangan. Setiap pasangan perlu membawa sebiji belon air sehingga ke garisan penamat dengan meletakkan belon air tersebut di belakang badan mereka. Sekiranya belon pecah, pasangan tersebut perlu kembali ke garisan mula dan membawa belon yang baru dengan kaedah yang sama sehingga ke garisan penamat. Belon yang berjaya dibawa hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. Pasangan seterusnya boleh menruskan permainan setelah pasangan sebelumnya sampai ke garisan penamat.

2.4.3 MAKE-OVER

Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang telah dibahagi dikehendaki untuk memilih seorang daripada ahli kumpulan mereka untuk didandan dan dihias. Kumpulan yang pertama perlu menghias rakan mereka dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Masa yang diberi ialah 5 minit. Manakala kumpulan yang kedua perlu menghias rakan mereka dengan menggunakan bahan2 yang terdapat di sekeliling dengan masa 8 minit(3 minit cari barang). Kedua2 kumpulan akan bergerak secara serentak. Kaedah ini sama juga dengan kumpulan2 yang lain.

2.4.4 CHEEK TO CHEEK

Peserta dikehendaki membawa bola tenis dengan menggunakan pipi secara berasingan.Bola akan dibawa dengan menggunakan pipi bersama pasangan dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat. Kemudian, pasangan akan berpatah balik ke garisan permulaan bersama bola tadi menggunakan pipi. Masa yang diberikan 15 minit.Setiap kumpulan mempunyai 3 pasangan.

2.4.5 HUMAN TOWER

Setiap group perlu menghantar 20 orang wakil. Mereka perlu membuat menara yang menggunakan susunan tubuh badan ahli kumpulan mereka. Siapa kumpulan yang paling tinggi dan kukuh akan diberikan markah.

2.4.6 SUNGAI ACID

Permainan pertama yang berlangsung adalah Sungai Acid.Acara bermula pada pukul 3.30 petang. Permainan Sungai Asid ini mementingkan kerjasama antara ahli kumpulan dan kebijaksanaan menggunakan ciri survival dalam diri sewaktu melintas sungai asid.

2.4.7 BLIND BAT RACE

Permainan ini memerlukan kepekaan dan semangat kerjasama yang tinggi antara fasilitator dan ahli kumpulan. Pemain akan ‘dibutakan’ mata untuk sementara sambil memegang barang amanah.Walaupun permainan ini memerlukan masa yang lama untuk menerangkan peraturan permainan tetapi permainan ini mementingkan kerjasama di antara ahli kumpulan.

2.4.8 GORENG PISANG


Permainan Goreng Pisang ini memerlukan kepantasan dan kosa kata yang luas untuk Berjaya. Permainan ini dapat dibuktikan bahawa pelajar dapat membentuk sifat kerjasama dan dapat menguji minda agar dapat berfikir dengan pantas.

2.4.9 PIJAK BELON

Belon yang disediakan dalam permainan ini adalah ‘nyawa’ bagi setiap peserta. Mereka hendaklah menjaga dan memecahkan nyawa orang lain untuk kekal hidup.Pertandingan ini di lihat adalah salah satu pertandingan yang amat menyeronokkan di antara permainan-permainan lain.

2.5 PENGENDALI YANG TERLIBAT

JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM

KETUA PROJEK

MOHD GHANIMI ADIB BIN AZMIN


PENOLONG KETUA PROJEK

MOHD FAIRUS BIN AHMAD

NUR AKMA BT ROSLE


SETIAUSAHA

NURIZA ANISA BT MOHD SHAHLI

NUR ATIQAH BT ABU TALIB


BENDAHARI

MAKNUNAH BT CHE ABDULLAH

AL NUR HIDAYAT BIN MD NOR


AJK ATURCARA & PROTOKOL

NORAINI BT HAZES@AZIZ

PATHEN HAMMAMAH BT ABD MALEK


AJK FASILITI & TEKNIKAL

NURAIN FASIHA BT AZMAN

NOR FARRAH AIN BT MISBAH


AJK PERALATAN

MUHAMMAD IMRAN B MAZLAN

SYED AFIQ AL-ATTAS

SYAFIQ HAZMAN BIN HUZAIMI

MUHAMMAD FAIZ B BADRUL SHAH


AJK HADIAH & CENDERAMATA

NURUL FATIN BT HAMSA

NOR ABIQQUAH BT ZAILAN

NURFARHANA NAJEEHA BT MOHAMAD

SYAZANA BT SABRI


AJK MAKANAN

NORZAIKA BR MOHD GHAZALI

SITI NURUSSA’ADAH BT KLIWON@ISMAIL


AJK PROMOSI & MULTIMEDIA

MUHAMMAD MUNIR B ISHAK

HASBULLAH B ALI


3.0 HURAIAN PENILAIAN

Berdasarkan maklumbalas dari peserta, dapatlah dirumuskan bahawa program ini mendapat sambutan yang memuaskan dan boleh dijalankan lagi pada masa akan datang. Menurut kata koordinator program kami sendiri iaitu Pn Noor Azrin bt Zainuddin,program ini akan menjadi program wajib setiap semester.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Secara keseluruhan aktiviti yang dijalankan mencapai matlamat yang ingin dicapai. Ini dapat dibuktikan dengan adanya aktiviti yang bukan sahaja melibatkan pelajar malah terdapat juga aktiviti yang melibatkan penasihat akademik. Hal inilah yang dapat memupuk hubungan silaturrahim antara semua pihak.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH

  1. Kelalaian pengelola untuk memohon peminjaman first-aid.
  2. Masa kurang tepat.

6.0 CADANGAN

Cadangan agar masa program ditambah satu hari lagi agar sesi ramah mesra lebih panjang.

2.

7.0 LAPORAN KEWANGAN

PERKARA

JUMLAH

Makanan Peserta

Sarapan Pagi:

RM 2 x 442 x 1 hari

Minum Petang:

RM 2 x 250 x 1 hari

Makanan VIP

Sarapan Pagi:

RM 4 x 4

Makan Tengahari:

RM 6 x 4

Makanan Ahli Jawatankuasa

Sarapan Pagi:

RM 2 x 23 x 1 hari

Makan Tengahari:

RM 4 x 23 x 1 hari

Minum Petang:

RM 2 x 23 x 1 hari



RM 884


RM 500


RM 16



RM 24



RM 46


RM 92


RM 46





RM 1384





RM 40







RM 184

TOTAL

RM 1608

8.0 PENUTUP

Alhamdulillah, program ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun, dengan kehadiran masalah-masalah tersebut diharap dapat memberi pengajaran kepada barisan kepimpinan agar lebih maju dan lebih berhati-hati dalam melaksanakan tugas dimasa akan datang.Diucapkan juga jutaan terima kasih kepada barisan kepimpinan atas usaha yang berterusan untuk menjayakan program ini. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan lebih baik dan teratur.


9.0 LAMPIRAN


Gambar kenangan bersama Penasihat akademik dan pelajar.


Senaman pagi

Tahniah!!...johan keseluruhan Team Building CS & PA Meet n Greet.

No comments:

Post a Comment